Pertama kali dalam sejarah acara gimnastik artistik Sukan Olimpik, Nadia Comaneci dari Romania telah mencatatkan "perfect ten" ketika melakukan rutin palang bertingkat semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Montreal, Kanada pada tahun 1976.
Friday 9 December 2011
Nadia Comaneci-Olimpik Montreal 1976
Pertama kali dalam sejarah acara gimnastik artistik Sukan Olimpik, Nadia Comaneci dari Romania telah mencatatkan "perfect ten" ketika melakukan rutin palang bertingkat semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Montreal, Kanada pada tahun 1976.
Friday 11 November 2011
~GIMNASTIK~
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan.
PERGERAKAN ASAS
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas ini dibahagi kepada tiga komponen iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan.
Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor pula adalah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
Subscribe to:
Posts (Atom)