Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas ini dibahagi kepada tiga komponen iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan.
Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor pula adalah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka tutup, naik turun dan pusing putar.
2.1 Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Lokomotor beritma sekata
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli)
Lokomotor beritma tidak sekata
1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor mudah ditakrifkan dengan pergerakan statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Ia dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang.
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Rebah
6. Menolak
7. Bangkit
8. Menarik
9. Mengilas
10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya
Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas:
1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari
3. Mendekam = rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.
2.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini adalah penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran-kemahiran ini, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
Terdapat 10 jenis pergerakan lokomotor dan 10 jenis pergerakan bukan lokomotor.Rangkaian pergerakan asas ini melibatkan kemahiran manipulatif dan sesuai dijalankan kepada murid di sekolah rendah.
1) Bukan Lokomotor | Berdiri di atas satu kaki sambil memutar bola mengguna-kan belakang tapak tangan di hadapan badan. |
2) Lokomotor | Skip sambil memutar bola menggunakan belakang tapak tangan di hadapan badan |
3) Bukan lokomotor | Berdiri diatas lutut sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan di hadapan badan. |
4 Lokomotor | Ketinting sambil menggelecek bola dengan sebelah tangan dihadapan badan |
5 Bukan lokomotor | Imbangan badan atas perut di atas peti lombol sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
6 Lokomotor | Berguling balak sambil melantun bola dengan kedua belah tangan. |
7 Bukan lokomotor | Mengimbang dengan 3 tapak sokongan sambil menggolek bola di bawah badan dengan sebelah tangan. |
8 Lokomotor | Berlari tendang kaki ke belakang sambil menggelecek bola dengan sebelah tangan. |
9 Bukan lokomotor | Membongkok kaki kangkang sambil menggolek bola ke kiri dan kanan di atas lantai. |
10 Lokomotor | Berlari skip melalui skitel sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
11 Bukan lokomotor | Duduk melunjur dan mengilas badan ke kiri dan kanan sambil melantun bola dengan sebelah tangan. |
12 Lokomotor | Berjalan atas lutut di atas bangku gimnastik sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
13 Bukan lokomotor | Melutut sambil menggolek bola atas lantai di sekeliling badan. |
14 Lokomotor | Merangkak melalui anak tangga sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
15 Bukan lokomotor | Imbangan badan dengan dua tapak sokongan sambil menggolek bola di atas tilam dengan sebelah tangan. |
16 Lokomotor | Berjalan sisi sambil melantun dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
17 Lokomotor | Memusing badan atas punggung sambil memutar bola mengguna-kan belakang tapak tangan. |
18 Bukan lokomotor | Merangkak sambil mengimbang bola di belakang tengkuk. |
19 Lokomotor | Melompat di atas papan anjal sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan. |
20 Bukan lokomotor | Berdiri kaki silang sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua dua tangan secara bergilir-gilir. |
Berdiri di atas satu kaki sambil memutar bola mengguna-kan belakang tapak tangan di hadapan badan.
Skip sambil memutar bola menggunakan belakang tapak tangan di hadapan badan
Berdiri diatas lutut sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan di hadapan badan.
Ketinting sambil menggelecek bola dengan sebelah tangan dihadapan badan.
Imbangan badan atas perut di atas peti lombol sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Berguling balak sambil melantun bola dengan kedua belah tangan.
Mengimbang dengan 3 tapak sokongan sambil menggolek bola di bawah badan dengan sebelah tangan.
Berlari tendang kaki ke belakang sambil menggelecek bola dengan sebelah tangan.
Membongkok kaki kangkang sambil menggolek bola ke kiri dan kanan di atas lantai.
Berlari skip melalui skitel sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Duduk melunjur dan mengilas badan ke kiri dan kanan sambil melantun bola dengan sebelah tangan.
Berjalan atas lutut di atas bangku gimnastik sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Melutut sambil menggolek bola atas lantai di sekeliling badan.
Merangkak melalui anak tangga sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Imbangan badan dengan dua tapak sokongan sambil menggolek bola di atas tilam dengan sebelah tangan.
Berjalan sisi sambil melantun dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Memusing badan atas punggung sambil memutar bola mengguna-kan belakang tapak tangan.
Merangkak sambil mengimbang bola di belakang tengkuk.
Melompat di atas papan anjal sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua belah tangan.
Berdiri kaki silang sambil melambung dan menyambut bola dengan kedua dua tangan secara bergilir-gilir.
0 comments:
Post a Comment